Kearah merealisasi Masyarakat Melayu yang Bermaruah
UCAPAN DASAR, 4 JULAI 2010

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO PETALING JAYA UTARA

SEMPENA MESYUARAT TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA 2010

@MB

Kearah merealisasi Masyarakat Melayu yang Bermaruah sebagai asas Kebangkitan Bangsa menuju wawasan 2020

“Memangkin Perubahan melalui Agenda Melayu Bermaruah”

Para perwakilan yang dihormati,

Satu Negara, satu halatuju – Gagasan 1Malaysia

Negara kita sekarang berada pada zaman yang amat unik sekali dan pastinya sejarah Malaysia kelak akan meneliti perubahan zaman ketika ini sebagai titik permulaan suatu era kehidupan yang dibanggakan.  Adakah Malaysia sudah bersedia untuk kepimpinan dua komponen parti dominan, seperti Negara menbangun, contohnya Amerika? Adakah juga masyarakat Malaysia sudah sedia dengan cabaran-cabaran lain Negara membangun dengan pendekatan mereka terhadap isu-isu sensitif seperti meritokrasi, subsidi, agama, interaksi dan isu-isu antara kaum?

Untuk sekian lama selepas merdeka, kita tidak sering menyuarakan secara terbuka tentang isu-isu tersebut kerana ianya sering dikait dengan senstiviti kehidupan harmonis antara kaum. Kontrak sosial termaktub dari masa sebelum merdeka lagi yang dimeterai di atas kefahaman dan permuafakatan di antara pemimpin bangsa utama Negara iaitu  Melayu, Cina dan India yang mahukan kehidupan bersama sebagai satu entiti, satu Negara, satu masyarakat yang ketagihan kebebasan dari kecaman penjajah. Mereka bersatu hati dan tekad dengan satu hala tuju yang berkehendakan untuk tidur sebantal dan impian yang sama.

Tetapi kini, rakyat Malaysia, walaupun tidur sebantal, mimpi kita – tidak serupa. Kita tidak bergerak seiringan, dan terlalu banyak perasaan cemburu, irihati, ketidakpuasan, kesangsian diantara kita. Pada ucapan dasar saya pada tahun lepas, saya meletakkan agenda paling utama yang perlu kita pertengahkan adalah Perpaduan Melayu. Tetapi saya ingin mengajak perwakilan untuk bergerak setapak lagi iaitu Perpaduan Negara.

Perasaan negatif yang menyelubungi kita antara bangsa ini mungkin adalah rekaan penjajah kita sebelum ini yang akibatnya, keretakan satu masyarakat pada hari ini dengan strategi mereka melalui “divide and conquer”.  Melayu di kampong, Cina di pekan dan India di estet-estet pertanian.  Maka jika dahulunya pemimpin kita antara kaum dapat duduk semeja dengan semangat yang ikhlas sebagai satu masyarakat dengan satu hala tuju, maka sudah tiba masanya UMNO sekali lagi mesti bangun sebagi pemimpin masyarakat terbesar Negara untuk mengorak langkah dan melakar hala tuju membawa Negara Malaysia tercinta kearah Satu Wawasan, Satu Cita-cita dan Satu Impian. Kita sudah tidur sebantal, seharusnya mimpi dan impian kita juga sama. Inilah harapan YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak yang telah membentangkan halatuju kita; yang mana sebenar-benarnya adalah intipati utama sebalik Agenda Gagasan 1Malaysia.

“..have no fear, BN is here.. - Dato Seri Najib Abd Razak, Ucapan Perasmian Program Rally 1Malaysia”

Prof Khoo Kay Kim, pakar sejarah Negara di dalam satu rencana tulisan beliau telah merumuskan bahawa kepincangan di dalam perpaduan Negara adalah disebabkan oleh kekurangan komunikasi di antara kaum dan salah faham konsep asas kontrak sosial di antara kita yang sebelum ini menjadi pegangan, diikuti dan dihormati oleh semua.

Lebih teruk lagi sesetengah pihak tidak mahu menerima hakikatnya yang kontrak sosial ini wujud sebagai asas perjajnjian semasa menuntut kemerdekaan. Anak kelahiran selepas Merdeka kebelakangan ini sudah berani menyuarakan, termasuk orang Melayu sendiri, bahawa rakyat Malaysia ini semuanya sama sahaja, kenapa perlu ada hak istimewa Bumiputera, kenapa perlu ada dasar ekonomi yang berat sebelah kepada sesetengah kaum termasuk isu pembahagian biasiswa, hakmilik tanah, peluang kerja disektor Kerajaan dan lain-lain lagi sebagai contoh.

Memang benar jika ianya diambil dari luaran, “face –value”, mungkin ianya dilihat tidak adil. Tetapi ini adalah fikiran dan kefahaman mereka yang cetek dan pekak sejarah. Retorik inilah yang di salahgukan oleh pembangkang di dalam mereka menghasut masyarakat untuk keuntungan mereka sendiri tetapi akhirnya masyarakat keseluruhanlah yang akan rugi bila mana kita berpecah tanpa satu halatuju dan satu cita-cita yang nyata. Inilah yang mereka laung-laungkan di dalam slogan “Selamatkan Malaysia” mereka, seolah-olah Negara ini berada di dalam kemunduran yang dasyat dan tiadapun hasil yang dapat dibanggakan di dalam kepimpinan UMNO/BN memerintah Negara selama lebih 50 tahun yang lampau.

Kita perlu celik sejarah dan perlu memahami sejarah. Akibat cetek sejarahlah membawa rugi dan padah kepada semua, termasuklah episod titik hitam 16 Mei. Bukan setakat itu sahaja. Kita harus berani berdepan dengan bangsa lain memberi penerangan kepada mereka tentang situasi sebenarnya. Allah swt berfirman dan menyuruh kita berlaku adil bukan sahaja kepada sesetengah kaum tetapi keseluruhan masyarakat. Inilah peranan dan asas perjuangan UMNO dan ianya juga perlu dilihat dari konteks BN. Untuk berlaku adil, sudah semestinya semua pihak memahami peranan masing-masing dalam menjana kehidupan dan kemakmuran kehidupan sebagai satu masyarakat yang aman dan progresif.

Peranan UMNO.

Dizaman era maklumat dan Facebook, UMNO perlu ada kebijaksanaan dalam ianya menterjemahkan kotrak sosial dan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu. Perlembagaan Negara adalah tunjang kepada penyatuan semua elemen di dalam sebuah Negara demokrasi.  Ianya bukan terbentuk untuk kepentingan sesetengah bangsa sahaja tetapi memastikan Negara yang mendokong demokrasi ini menjamin kesejahteraan kehidupan untuk semua.

Hak orang melayu termasuk hak keistimewaan orang Melayu termaktub dari azali kemerdekaan Negara. Saya percaya, dengan tersandarnya Perkara 153 ini dan Perkara lain yang berkaitan dengannya telahpun dibahaskan, dibincangkan, diperiksa, dikaji dan langsung dipersetujui oleh kesemua pepimpin berbilang bangsa ketika itu yang berhasratkan kedamaian, kesejahteraan dan kemajuan sebuah Negara demokrasi, dengan visi jauh kedepan menjagkaui ratusan tahun seperti contoh bertahannya Perlembagaan Amerika yang hari ini genap  234 tahun.

Kita di Negara Malaysia tercinta ini, tidak sampai pun 53 tahun sudah mula meragui dengan beberapa komponen di dalam Perlembagaan kita, termasuk hak istimewa sepertinya perkara 153. Dalam hal ini, ada dua pendekatan yang diguna pakai oleh pihak tertentu untuk mencapai objektif unutk kepentingan mereka sendri. Pertamanya orang berbangsa Melayu yang sering melaung-laungkan dan meperingatkan Bangsa lain tentang Hak ini sehingga mungkin menakut-nakutkan Bangsa lain dan mendapat kebencian mereka.

Pada masa yang sama, ada pula pihak berbangsa yang lain  seolah-olah tidak tahu tentang keujudan Perlembagaan ini, kontrak sosial dan Perkara tersebut di dalam Perlembagaan, tidak paham ataupun buat-buat tidak paham sehinggakan bersuara dan menghasut mereka dan juga berbangsa Melayu untuk mempertikaikan Hak Istimewa ini dari segi tidak demokrasiannya, mencabul hak-hak kebebasan, ketidak adilan sosial dan ekonomi serta bermacam-macam lagi komponen negatif di dalamnya. Sehinggakan orang Melayu kita sendiri pun terbawa-bawa dengan fahaman ini yang akhirnya membuahkan perpecahan, ketidak stabilan politik dan ekonomi, perasaan kebencian dan sebagainya. Sebagai pemimpin politik Melayu dan kita sebagai Pemuda benteng perjuangan Melayu, janganlah kita terpedaya dengan permainan mereka ini.

Saudara-saudara sekelian, jangan terperangkap dengan retorik pihak-pihak tertentu yang hendak memecah belahkan kita.  Kita perlu kepada kebijaksanaan di dalam merungkai jalan terbaik menangani isu yang amat sensitif ini. Pada kaca mata luaran, mungkin dilihat sepertinya ada unsur ketidak adilan. Contohnya  kenapa kita diberi lebih biasiswa pendidikan, kouta tertentu, subsidi tertentu, juga diskaun istimewa membeli hartanah, juga dasar affirmative seperti pecahan 30% dari kek ekonomi yang terpahat di dalam Dasar Ekonomi Baru. Kata mereka berbangsa lain, saya juga rakyat Malaysia dilahirkan dibumi yang sama yang inginkan hak sama rata dengan berlandaskan merit yang tertentu. Sudah tentu bila dilihat tidak adil, akan timbul kebencian, kecerumbuan, kemarahan dan sebagainya.

Kata orang, “..jangan takut dengan baying-bayang sendiri …”. Melalui UMNO, saya pasti kita yang berada di dalam dewan ini akan berjuang sehingga titisan yang terakhir untuk memastikan Hak Orang – orang Melayu di dalam Perlembagaan itu akan terjaga, dihormati dan diimplimentasikan.

Namun demikian, pendekataan pada hari dan zaman ini perlu berbeza dan mestinya dihalusi dengan kebijaksanaan.  Kita tidak perlu hanya vokal semata-mata, untuk mempertahankan Hak sepertinya Perkara 153 itu kerana ianya sudah termaktub dan selamat di dalam Perlembagaan. Apa yang hendak kita perjuangkan adalah Perlembagaan itu sendiri dan kita mesti memastikan kita berkuasa dengan tiada kuasa lain yang melebihi 2/3 undi di Parlimen yang memungkinkan penukaran Perkara-perkara tertentu di dalam Perlembagaan Negara kita. Selagi kuasa itu kita jaga maka, sehingga itulah Hak-hak di dalam Perlembagaan Negara kita ini akan terpelihara. Ini adalah strategi “Aktif”, (dengan harapannya bukan lagi “pasif” seperti dulu) yang lebih berkesan memperkasa Melayu melalui UMNO dan BN.

Kalau dilihat dari segi statistic pula, seharusnya selagi mana populasi Negara dengan peratusan Melayunya melebihi 63%, maka sudah tentu undian kerarah pemantapan dan kemajuan orang Melayu pastinya terpelihara. Namun demikian, oleh kerana perpecahan orang Melayu sendiri, mengakibatkan kepada kelemahan dan kerugian kepada kita. Kerana itulah, kita perlu pragmatic dan berusaha terhadap penyatuan dan perpaduan temasuk aktiviti aggresif seperti pendaftaran sebagai pengundi. Janganlah kita lalai dan alpa seperti lapuran Berita Harian baru-baru ini yang melapurkan hanya seorang Melayu sahaja mendaftar sebagai pengundi setiap 40 pengundi bukan Melayu!

Hubungan Melayu dan Bukan Melayu

Pemerhatian kita dari piliharaya kecil di Hulu Selangor dan Sibu menunjukkan masyarakat China tidak bersama BN. Kenapa? Sebelum saya menjawab persoalan itu, saya ini melakar sebab kenapa kita perlu perbincangan tentang masyarakat Cina ini.

Pertamanya kita perlu menerima hakikat bahawa tanpa sokongan mereka dari segi kiraan matematiknya memang sukar untuk memerintah Negara hanya dengan sokongan orang Melayu sahaja. Sebagai contoh yang nyata, di Selangor ini sahaja pungutan pengundi Melayu hanya kurang 49% dari jumlah keseluruhan jumlah pengundi.

Keduanya, sebagai pemimpin Islam yang berlaku adil, adalah tanggungjawab kita untuk memerintah, membantu dan mentadbir untuk keseluruhan rakyat Malaysia sebagai satu entiti yang melebihi 26 juta dan bukan sahaja untuk sesetengah golongan rakyat. Dan ketiga, hakikatnya masyarakat Cina memiliki melebihi  80% dari penguasaan ekonomi Negara. Maka, untuk mana-mana masyarakat untuk maju kehadapan, ekonomi adalah paksi utama tanda pengukur kejayaan dan tidak dapat dipisahkan dari agenda politik, sosial dan pembangunan Negara.

Namun demikian, perlu diingat “keadilan” itu tidak  bermakna perlu konsisten dengan komponen “kesaksamaan”.  Jika tidak, demokrasi akan relai dan diambil alih dengan Negara sosialis atupun komunis, kearah semuanya sama rata. Maka, retorik pihak tertentu dengan slogan mereka, “Selamatkan Malaysia”, itu, untuk keadilan dan persamaan hak semua kaum berbilang bangsa, perlu juga konsisten dengan kesamaan dari semua aspek mengikut pecahan populasi di Negara ini. Sebagai contoh,  kenapa perlu affirmative DEB 30% ekonomi dan buklannya 60%, juga boleh ditetapkan 60% pembahagian dari aspek lain termasuk peluang pekerjaan (juga di Syarikat bukan kepunyaan Bumiputera), biasiswa, perumahan dan lain-lain lagi. Persamaan ini, sebenarnya membuahkan ketidak adilan di dalam masyarkat tersebut.

Saya percaya di dalam konteks ini, keadilan bukanlan tercapai semestinya melalui kesamaan hak-hak semua rakyat berbilang kaum di Negara kita. BN perlu bijaksana dengan di dalam kepimpinan mereka, menarik rambut di dalam tepung, dan memastikan semua rakyat terbela dan kemajuan tercapai serta adil untuk semua.  UMNO pula perlu memainkan peranan yang bijaksana, aktif dan inklusif, yang mana memperjuangkan Melayu tanpa mebawa kepada kebencian, kecemburuan dan tidak senangan bangsa yang lain.

Ini dapat tercapai sekiranya kita dihormati, dipercayai dan disayangi. Melayu apakah ini? Inilah Melayu @MB, melalui Agenda Melayu Bermaruah…

Agenda Melayu Bermaruah @MB

Kenapa perlu diusulkan Melayu perlu Bermaruah? Seolah-olahnya Melayu ini digelumang dengan berbagai-bagai masalah termasuk kemiskinan, rasuah, masalah sosial, berempit, buang anak, dadah dan sebagainya. Apabila kita bermaruah, kitak tidak sanggup melakukan perkara-perkara tersebut kerana nilai air muka kita lebih berharga dari kesanggupan untuk dihina dari kaca mata masyarakat.

Melayu bermaruah ini akan cuba untuk menjadi yang terbaik, jujur dan dipercayai dalam segala aspek kehidupan. Sekiranya di dalam pekerjaan, tidak kira apa peringkatpun kita bermaruah dan dihormati. Di dalam sukan juga, demi maruah diri dan Negara kita punya semangat patriotism yang tinggi berjuang bermati-matian. Di dalam kehidupan sesama masyarakat juga, bukan kita lah yang mencurigakan tetapi kitalah yang kedepan bergotong- royong dan meluahkan tenaga bakti. Melayu bermaruah jugalah yang menghormati,  menyayangi kebersihan dan alam sekitar.

Maka, dengan perjuangan inilah bukan sahaja kita mendapat tempat di hati orang Melayu, juga bukan Melayu. Kita berani berdepan dengan mereka, berhujah tentang keadilan, bukan keranan kita bangsa yang lemah, bangsa yang mengharapkan subsidi dan kebajikan percuma semata-mata; tetapi kerana kita bermaruah, berkebolehan memimpin dan mebawa keseluruhan rakayat ke hadapan demi kemakmuran bersama. Komunikasi dua hala ini penting dan sejarah kemajuan Negara dipahat bersama. “… No man is an island…”; Melayu dan bukan Melayu hidup seiringan! Kita bukan memaksa bukan Melayu menerima Hak Istimewa orang Melayu tetapi secara halus untuk perpaduan, dan cita-cita 1Malaysia memahami kontak sosial ini dan keadilan disebaliknya yang sebenarnya menguntungkan semua pihak membawa Negara kepersada kejayaan.

Kesimpulan

Tiada sesiapa yang boleh merubah nasib kita selain dari kita sendiri membuat perubahan tersebut, sebagaimana ingatan Allah swt kepada kita di dalam Al-Quran. @MB, Agenda Melayu Bermaruah ini seharusnya terpahat di dalam hati kita dan pendekatan ini dengan kebijaksanaa menjadi pergerakan dan pemikiran cara baru kita.

Marilah kita bersedia, mengorak langkah dan meletakkan kepentingan Pilihanraya PRU 13 sebagai tonggak aktiviti dan program kita. Tidak guna kita mengadunkan resipi kemenangan PRU13 sekiranya kita sendiri tidak menggerakkan Melayu sebagai pengundi.  Marilah kita menyemarakkan semangat orang Muda, dan menggerakkan mereka untuk bersama kita demi memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. @MB bukan lagi hanya perubahan, tetapi transformasi melakar sejarah di dalam era baru pembangunan Negara, kearah merealisasi Masyarakat Melayu yang Bermaruah sebagai asas Kebangkitan Bangsa menuju wawasan 2020.

Akhir kata saya percaya Melayu Bermaruah adalah kunci kepada perpaduan UMNO dan kepimpinan yang efektif Melayu di Negara ini. Melayu Bermaruah bijaksana dan Melayu Bermaruah adalah Melayu yang dihormati semua yang menjadi paksi integrasi dan komponen yang membawa seluruh masyarakat kita kearah kejayaan satu Negara, 1Malaysia.

Hidup Perpaduan, Hidup UMNO, Hidup Melayu Bermaruah!

Sekian. Wassalamualaikum wbt.

@MB

Latt Sharizan Abdullah

Memangkin Perubahan melalui Gagasan 1 Malaysia
UCAPAN DASAR, 6 OGOS 2009

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO PETALING JAYA UTARA

SEMPENA MESYURAT TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA 2009 (MPP 2009)

@MB

Agenda Melayu Bandar – Perpaduan Melayu sebagai asas Pembangunan Negara

“Memangkin Perubahan melalui Gagasan 1 Malaysia”

Para perwakilan yang dihormati,

Pengenalan – Mengimbas kembali @MB

Tanggal 28 Julai 2007, saya telah membentang dan membahaskan satu halatuju politik Pemuda PJUtara dibawah tajuk Agenda Melayu Bandar, sabagai “pemangkin perubahan”. Pada ketika itu, suasana politik Negara amat berbeza dari sekarang. Barisan Nasional (BN) dilihat kuat dengan kemenangan besar lebih 2/3 kerusi di Pilihanraya Umum 2004 (PRU11). UMNO juga dilihat sebagai Parti pemerintah yang stabil dan “in control” setelah menenerajui kepimpinan pilihan Bangsa Melayu dan Negara sejak kemerdekaan 1957 lagi. UMNO juga gah sebagai pejuang Agama, Bangsa dan Negara dan pembawa pembangunan pesat negara kita sehingga terkenal di serantau dunia.

Tetapi persoalannya ketika itu (sebelum PRU12), adakah UMNO peka terhadap kemahuan dan penilaian Rakyat. Ataupun UMNO “complacent” dengan sejarah lampau, retorik semata-mata dan berpuas hati dengan cara-cara lama sahaja. Nah, terbukti BN tersungkur pada PRU12 kesan Rakyat menghukum kita dengan signal yang cukup ketara sekali. Kalau lah tidak kerana beberapa tempat yang tertentu (termasuk Sabah, Sarawak dan Johor), laungan “dulu, kini dan selamanya”, … mugkin tinggal “dulu…”, sahaja.  Memang benar, terbukti melalui sejarah, UMNO telah berjaya membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada Rakyat, tetapi persoalannya adakah kita masih relevan di dalam perjuangan kita, seiring dengan pertukaran zaman.

Kita perlu Berubah, jika tidak kita akan rebah!! ( “… Kita perlu .. berubah mengikut pertukaran zaman kalau tidak, kita sendiri akan ditukarkan oleh rakyat dipeti undi ataupun cara yang lain.. “. – Latt Sharizan Abdullah, Pebahasan Usul Agenda Melayu Bandar, 28/7/07)

Agenda Melayu Bandar, ataupun @MB, adalah Halatuju Politik Masyarakat Melayu di Bandar. Ianya meletakkan perjuangan Politik berasaskan ketelusan, amanah dan keterbukaan. Di dalam @MB kita meletakkan Amanah sebagai paksi di dalam kepimpinan sesebuah Masyarakat. Sebelum perpaduan itu tercapai, semestinya perlu ada kepercayaan dari semua kelompok masyarakat yang dipimpin itu. Pemimpin perlu sedar kuasa untuk memimpin itu sebenarnya adalah Amanah dari rakyat dan ianya dipinjam sementara sahaja. Pemimpin sebenarnya bekerja untuk mereka yang dipimpin. Maka bukan sahaja Pemimpin perlu dekat dengan Masyarakat tetapi juga perlu sensitif dan peka mendengar keluhan mereka yang dipimpin, dan seterusnya bertindak untuk kebaikan mereka.

Seterusnya, @MB meletakkan keutamaan supaya kita telus dan terbuka di dalam perbuatan dan percakapan kita. Cakap mesti serupa bikin, dan lebih-lebih lagi di zaman Blog, Facebook dan Internet ini, kita mesti mengambil sikap tranparen dan terbuka, bertanggungjawab dan “accountable”. Kita bukan sahaja mesti Berubah tetapi juga dilihat Berubah melalui keikhlasan dan kebijaksanaan didalam pertuturan dan perbuatan kita, yang sentiasa di radar Masyarakat yang kita pimpin.

Saudara perwakilan yang dihormati,

Sejarah – UMNO banyak berjasa!

Untuk mengupas dengan lebih lanjut ucapan dasar saya pada kali ini saya menjemput Saudara – saudara sekelian untuk menghayati Lagu Patriotik Warisan.

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesamalah kita

Cita lenyap di arus zaman

Saudara perwakilan yang dihormati,

Di dalam dua rangkap yang pertama ini, kita menoleh kebelakang melihat sejarah Tanah Melayu di mana kita di jajah beratus tahun sehinggalah semasanya Melayu bersatu dalam usaha perjuangan UMNO yang menuntut dan akhirnya memperolehi Kemerdekaan dari penjajah. Keperitan rakyat pada ketika itu dan sengsaranya kehidupan lebih-lebih lagi semasa jajahan Jepun menyebabkan mereka bangkit menuntut apa yang hak kepada mereka.

Hasil bumi dan khazanah Negara tergadai dan dirampas penjajah adalah disebabkan sengketa sesama sendiri juga faktor tali barut, dan tidak sehaluannya rakyat. Dari dulu lagi sudah ada Pengkhianat Melayu! Tiada perpaduan ketika itu, dan penjajah mengambil kesempatan ini dengan mentadbir Tanah Melayu secara Pecah dan Perintah, “divide and conquer”.

Tidak dapat dinafikan faktor pentingnya Perpaduan pada ketika itu dan tidak kira kedudukan, bangsa, darjat, miskin atau kaya, semata-mata untuk kepentingan satu Negara yang Berdaulat, kemerdekaan dan kebebasan di negeri sendiri. Istana dan Rakyat bersatu, dan dengan perjuangan UMNO, kermerdekaan diperolehi tanggal 1957.

Saudara perwakilan sekelian,

Ternyata Perpaduan orang Melayu ketika itu membawa kemajuan keseluruhan rakyat dari belengu penjajah. Bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi bangsa yang lain termasuk Cina dan India juga beroleh kesenangan dan keuntungan dari Perpaduan Bangsa majoriti iaitu Melayu. Maka boleh disimpulkan perpaduan Melayu membawa keuntungan semua pihak di dalam masyarakat dan Negara.

Persoalannya saudara – saudara sekelian, kenapa kini apabila PAS dan UMNO bercadang untuk mengadakan diskusi kearah Perpaduan yang keahliannya orang Melayu beragama Islam yang juga mewakili lebih 50% dari rakyat Malaysia dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar?

Saya percaya lebih baik dari buruknya initiatif ini dan hanya mereka yang mempunyai agenda peribadi sahaja untuk kepentingan tertentu sahaja yang akan menangguk di air yang keruh. Janganlah sehingga, “.. akibat sengketa sesamalah kita … cita lenyap di arus zaman ..”.

Perjuangan UMNO – masihkah ia relevan?

Saudara perwakilan sekelian,

Setelah 64 tahun kemudian, UMNO masih kekal menerajui tampuk kepimpinan Negara. Tetapi untuk jangka masa berapa lagi. Memang benar kita banyak telah berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara, tetapi sama ada perjuangan kita ini masih relevan mengikut perubahan zaman adalah persoalan pokok yang mungkin akan terjawab di dalam sedikit masa lagi menjelang PRU13. Kita kini ada dipersimpangan jalan, dan kita jugalah yang akan menentukan survival, nasib bangun, sungkurnya UMNO atau sebaliknya sebagai pejuang Agama, Bangsa dan Negara.

Saudara perwakilan sekelian, berikut adalah sambungan kepada lagu Warisan tadi yang mencerminkan keadaan dan kedudukan kita:

Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam

Tertutuplah hati terkunci mati

Maruah peribadi dah hilang

Saudara2 perwakilan sekelian,

Allah swt sahaja yang Kekal dan segalanya yang lain akan bertemu tarikh akhir hayatnya. Ada juga mereka yang menjangkakan tarikh luput UMNO akan tiba menjelang pasca PRU13 dengan kekalahan BN dan UMNO sendiri sebagai tunggak kepimpinan Negara. Kenapa tidak? Lihat sahajalah nasib Parti Pemerintah di Negara lain yang pernah tersungkur di tempat sendiri setelah sekelian lama memerintah seperti Parti Golkar di Indonesia, Parti LDP di Jepun dan Parti Kongress di India.

Adakah kita akan menerima nasib yang sama seperti mereka? Allah swt telah berfirman, yang Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka berusaha mengubah nasib mereka sendiri. Saya percaya masih ada harapan untuk kita, masih ada masa kita untuk berubah dan masih ada masa untuk kita kembali kepada perjuangan asal kita (“Back to Basics”) dengan membawa harapan dan mesej kepada Rakyat Malaysia bahawa UMNO dan BN masih relevan  kepada mereka.

Ubah atau rebah

Saudara perwakilan sekelian,

“Perubahan”, bukalan semata-matanya pertukaran fizikal tetapi merangkumi skop makro dan mikro yang lebih menyuluruh. Kita tidak boleh menganggap dengan “Team” dan kepimpinan baru selepas Pemilihan UMNO 2008, bawahasanya, UMNO telah melalui dan melaksanakan Perubahan. Ahli UMNO dan rakyat mahukan lebih dari itu.

Sesungguhnya YAB DS Najib sebagai pemimpin UMNO dan BN yang baru, perlu membawa roh Perubahan ini dan ditafsirkan bukan sahaja dengan kata – kata tetapi yang lebih penting dari itu, dengan perlaksanaan yang efektif dan output dirasai, yang membawa kebaikan kepada keseluruhan Rakyat Malaysia. Sehubungan itu juga, pemimpin disemua peringkat perlu sebagai satu Pasukan, satu Perpaduan, menyahut seruan Perubahan ini diperingkat grass root supaya ianya dilihat dan dikecapi oleh semua lapisan Rakyat.

Kini kita cuma tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri

Saudara Perwakilan sekelian,

Perubahan apa yang dimaksudkan di sini. Sebenarnya BN sendiri telahpun dimasa yang lalu telah melalui Perubahan sebelum ini. Maka Perubahan kali ini tidak sepatutnya dilihat sebagai mustahil dan sesuatu yang tidak dapat dicapai. Satu ketika itu, Parti Perikatan membuka keahlian mereka kepada Parti lain yang kininya dikenali sebagai BN. Logo juga melalui perubahan dari Kapal Layar kepada Dacing. Apapun hasilnya, yang menjadi nadi kepada Perubahan ini mestilah dari desakan dan kemahuan Rakyat.

Inisiatif Perubahan dapat di lihat melalui gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh YAB DS Najib. Teras kepada gagasan ini adalah Perpaduan rakyat seluruh Negara dengan semangat bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Ini adalah satu Perubahan yang boleh dilihat sebagai drastik dan radikal. Tetapi persoalannya, adakah kerana adakah dengan laungan 1 Malaysia kita mengenepikan perjuangan Bangsa Melayu? Saya kira tidak. Pemahaman yang lebih mendalam perlu diberi kupasan. 1 Malaysia bukanlah sama dengan ideology DAP, Malaysian Malaysia. 1 Malaysia mendokong Perlembagaan yang menghormati Agama Islam sebagai Agama Rasmi, hak istimewa Melayu dan bangsa lain, tetapi mementingkan Perpaduan sesama mereka sebagai satu Negara yang berbilang kaum.

Melalui slogan “Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan”, penekanan diberikan kepada Rakyat secara keseluruhannya sambil menghormati agama, nilai-nilai murni, kebudayaan dan warna kulit yang pelbagai dalam kita menyemarakkan Perpaduan bermatlamatkan pencapaian status Negara Maju dan berjaya. Melalui “celebration of differences and diversity”, kita tetap memperjuangkan bangsa Melayu tanpa menindas Bangsa lain sambil meraikan masyarakat majmuk yang berbilang kaum hidup harmonis dan patriotik sebagai Rakyat Malaysia yang bersatu.

Saudara Perwakilan sekelian,

Perpaduan Melayu  sebagai asas Pembangunan Negara

Saya sering menggunakan laungan Perpaduan sebagai asas di dalam usaha kita membangunkan Negara dan meneruskan agenda perjuangan kita. Kita tidak perlu apologetik bila mana kita melaungkan usaha Perpaduan Melayu dan perjuangan memartabatkan Bangsa Melayu. Ini adalah kerana lebih 50% dari penghuni Rakyat Negara ini adalah orang Melayu. Kita adalah majoriti di Negara sendiri.

Sehubungan itu, apabila kita mengaku mengamalkan Kerajaan dan Negara yang berpegang kepada amalan demokrasi, adakah ianya songsang dengan unjuran bahawasanya Melayu itulah lebih jumlahnya dari penduduk berbangsa lain? Bukankah Barat, juga termasuk Parti Pakatan Rakyat yang sentiasa melaungkan dalam perjuangan mereka hak demokrasi, ketelusan, kepentingan keseluruhan Rakyat dan sebagainya?

Kenapa pula tidak konsisten sekirannya kita menerima hakikat sebenarnya bahawa Melayu itu majoriti dan hak kuasa politik ditentukan oleh kumpulan penduduk majoriti yang mewakili kumpulan terbesar penduduk di sesebuah Negara itu?

Namun demikian, walaupun Melayu adalalah majoriti di Negara ini, kita secara tidak langsung telah menjadi kumpulan minoriti akibat perpecahan sesama kita. Ideologi politik menyebabkan kita berpecah kepada lebih dari 3 kumpulan iaitu terbelah kepada UMNO, PAS, PKR dan DAP. Melayu yang tadi majoriti mengikut jumlah penduduk kini menjadi suara kecil yang minoriti dan lemah. Lihat sahajalah keputusan PRU12, yang mana sebagai contohnya Perak, Negeri Melayu tanah tumpahnya Paglima Bukit Gantang telah diperintah oleh kumpulan Bangsa minoriti  walaupun dipinjamkan Melayu sebagai boneka ketua pemerintah.

Ianya tidak mustahil yang satu hari sekiranya kita tidak berjaga-jaga dan bangun dari mimpi yang ngeri ini, pada tanggal PRU13, Tanah Melayu tercinta ini diperintah ataupun dikuasai pemerintahan oleh kumpulan minoriti bukan berbangsa Melayu dengan bertopengkan pengkhianat Melayu sebagai boneka.

Adakah ini mustahil saudara perwakilan sekelian? Mahukah Tanah Melayu ini diperintah oleh bangsa lain? Sanggupkah kita mengkhianati Bangsa sendiri? Siapa pengkhianat sebenarnya?

Kenapakah Perpaduan itu penting dan Melayu perlu menjadi tunggak kuasa pemerintah di Malaysia ini? Ini adalah persoalan pokok dan asas kepada kefahaman demokrasi. Jumlah yang lebih dan bermajoriti akan mempunyai suara dan hak yang mengatasi suara dan jumlah minoriti. Sekiranya kumpulan minoriti yang memegang kuasa, mereka akan berjuang untuk hak dan kepentingan minoriti dan akibatnya memungkinkan ketidak adilan yang boleh mencetus huru hara dan ketidak stabilan masyarakat tersebut.

Lihat sahajalah Kerajaan Apartheid di Afrika Selatan yang diterajui kumpulan minoriti pendatang Kulit Putih yang telah merobek dan merampas dengan rakusnya kekayaan Negara itu, yang akhirnya Negara menemui kegagalan dan kehancuran. Akibatnya keadaan ketidak seimbangan sosio ekonomi, kemunduran dan kemiskinan Bangsa majoriti di Negeri itu, yang mengambil masa beberapa generasi untuk memulihkan keadaan. Sanggupkah Saudara, perkara sedemikian menemui nasib kita di Tanah Melayu ini?

Saudara perwakilan sekelian,

Bangsa Melayu yang diwakili UMNO menerusi BN selama ini telah memerintah Negara dengan baik sekali tanpa insiden penumpahan darah selain insiden titik hitam 1969. Negara terus maju sehinggakan pemerintahan UMNO ini telah memberi segala jenis sumber rezeki dan pembangunan kepada semua pihak berbilang Bangsa. Sehinggakan dasar ekonomi Malaysia menguntungkan Bangsa lain tanpa disedari Bangsa Melayu sendiri, yang kini memegang ekuiti ekonomi hanya 19% sahaja.

Inipun setelah berbagai initiatif dan usaha pelbagai untuk membantu mereka. Namun demikian, pihak tertentu masih melaungkan yang Kerajaan BN yang di ketuai oleh Bangsa Melayu itu zalim dan tidak adil kepada Rakyat. Mungkin benar jugak kata mereka, mari kita perjuangkan keadilan sehingga ekuiti Bangsa Melayu menjagkaui lebih dari 50%! Barulah itu dikatakan adil, Saudara Perwakilan sekelian! Boleh?!

Saudara perwakilan sekelian,

Peranan Pemuda sebagai golongan Muda

Oleh kerana itu, Perpaduan Melayu perlu diberi keutamaan. Pemuda perlu memainkan peranan yang aktif untuk memastikan Agenda ini menjadi kenyataan. “It is a numbers game”. Hakikatnya Pemuda secara khusus dan Golongan Muda secara keseluruhannya adalah suara terbesar di dalam formula Perpaduan ini. Statistik menunjukkan 77% dari penduduk Malaysia adalah berumur 44 tahun dan kebawah.

Maka kitalah golongan yang bukan sahaja pendesak, tetapi juga adalah golongan yang mampu dan boleh membuat Perubahan kerarah Perpaduan yang kita diidami ini. Kita sesama sendiri perlulah bersatu dan memahami kenapa perlu dan pentingnya Perpaduan Melayu ini. Natijahnya, kita sendirilah yang akan menjawab kepada generasi selepas ini dan melalui peritnya akibat perpecahan dan kejatuhan kuasa pemerintah ketangan yang lain.

Saudara – saudara sekelian,

Saya mencadangkan beberapa perkara yang boleh kita lakukan bersama sebagai Agen pendesak Agenda Perpaduan Melayu ini. Perpaduan di antara UMNO dengan PAS yang mewakili majoriti Bangsa Melayu mesti dipertengahkan dan direalisasikan. Saya percaya inilah hasrat golongan muda dari kedua-dua belah pihak yang sebenarnya mencari titik persamaan antara kita dan mengenepikan perbezaan.

Saya juga perjaya kita perlu ikhlas di dalam usaha ini, dan bila-bila masa sahaja kita sanggup duduk semeja demi perjuangan Agama, Bangsa dan Negara lebih dari kepentingan individu dan ideologi politik mundur dan tidak berwawasan. Lupakan sengketa lama dan kita buka buku baru dengan idelogi berasaskan Perpaduan, Keadilan, Demokrasi dan Pembangunan untuk semua.

Pemuda perlu mendesak supaya diberi lebih ruang untuk golongan Muda memimpin disemua peringat termasuk Politik, Kerajaan dan Korporat. Setuju? Pemuda perlu diberi laluan untuk bertanding diPilihanraya, bukan kerana kita Pemuda, tetapi kerana kita mewakili Golongan Orang Muda yang lebih hampir dengan demographic Pengundi.

Pemuda juga lebih memahami keperluan dan aspirasi, juga jangkaan Pengundi yang majoritinya Orang Muda. Sudah masanya yang tua memberi laluan kepada yang Muda untuk memberi Suntikan Baru, dengan “sense of freshness”. Apapun, yang Tua tetap dihormati dan disayangi, sentiasa diperlukan sebagai Ayanhada/Bonda mendidik, memimpin juga sebagai penunjuk cara.

Namun, kerana peri pentingnya dan kritikalnya keadaan kini, kita sudah tiada masa dan mesti bertindak sekarang. Calon veteran yang sudah berapa penggal, lebih-lebih lagi yang pernah kalah diPilihanraya sebelum ini, perlulah mengundur diri dan memberi laluan kepada Golongan Muda ini.

Sokonglah mereka dan pimpinlah mereka kearah kejayaan dan elakkan dari perasaan irihati, sabotaj dan jauh hati. Perlu diingat kita semua perlu bergerak sebagai satu pasukan dan objektif kita hanyalah satu, iaitu untuk memastikan Bangsa Melayu, Bangsa majoriti Negara terus memerintah di Malaysia tercinta ini.

Seterusnya, Pemuda perlu bersikap matang, moden dan progresif. Meletakkan paksi perjuangan Politik yang berasaskan Politik membangun dan berwawasan, dan tidak terbawa-bawa dan di “brain-wash” oleh golongan Politik berfikiran lama yang feudalistic, mundur, PHD, bongkak, elit dan ekslusif.

Ini zaman Blog, Facebook dan Internet bukan lagi zaman surat layang, tiada tempat untuk kospirasi dan fitnah. Ini zaman mencari titik persamaan, bukan lagi zaman menuding jari dan mencari kesalahan. Ini zaman Perpaduan dan jauh sekali zaman Perpecahan melalui pecah dan perintah. Pemuda mesti “collaborate dan engage”, jauh sekali dari kepimpinan yang “isolate dan unilateral”.

Pemuda mesti Memimpin dan kehadapan. Bukan sekadar menjadi golongan suruhan sahaja. Pemuda mesti berwawasan, bertanggungjawab dan accountable. Ini adalah nilai murni kepimpinan @MB yang seharusnya disematkan dihati semua Pemuda. Pemuda mesti kembali kepada perjuangan asal, kembali kepada “Back to Basics’ iaitu sebagai pejuang memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara.

Akhir sekali, Pemuda mesti berani meluahkan hasrat mereka. Jangan sekali-kali apologetik di dalam memperjuangkan nasib Bangsa Melayu dan Agama Islam. Kita bukan rasis tetapi meletak sesuatu pada tempatnya. Kita sayangkan Bangsa, dan kitalah sebenar – benarnya benteng dan pejuang Negara aman, makmur dan saksama bagi semua. Kita mesti bermatlamatkan membantu orang Melayu kerana merekalah yang amat memerlukan bantuan sebenarnya.

Statistik menunjukkan majoritinya Bangsa Melayulah yang mundur, kitalah yang banyak bermasalah dengan dadah, kita hanya menguasai 19% ekonomi Negara, kita jugalah mempunyai keperluan pembelajaran dan akses kepada institusi pendidikan serta biasiswa dan lain –lain lagi. Marilah kita semua beraspirasi dan menjadi pejuang sebenar Bangsa Melayu, membina Malaysia Bersatu – 1 Malaysia dan bersatu menggembling Negara maju jaya, aman dan makmur!

Kesimpulan :

Kita sudah tiada masa

Majulah dengan maha perkasa

Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayukan gagah di Nusantara (3x)

Kita perlu mempunya fokus di dalam perjuangan kita. Saya menarik kesimpulan Agenda Pemuda PJUtara melalui @MB motto halatuju kita. Dengan halatuju itulah kita dapat memastikan landasan kita dapat menuju kepada kejayaan yang dimatlamatkan, iaitu untuk menolong orang Melayu dan memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Halatuju kita melalui @MB sebagai pemangkin perubahan adalah berpaksikan 4 tunjang utama. Pertamanya, Objektif, semestinya untuk memenangani PRU13, mengembalikan kuasa dan maruah kita, menawan balik Selangor secara khususnya.

Kita semua mempunyai peranan untuk memperkasakan UMNO dan mengembalikan kuasa dan maruah kita. Kita perlu peka dan sensitif kepada aspirasi dan jangkaan “expectation” Rakyat terhadap kepimpinan kita. Seterusnya, tunjang kita yang Kedua ialah Tema, krisis memaksa kita untuk berubah jika tidak pastinya kita akan rebah dihukum rakyat kerana kita sering lena dan lalai mendengar dan berbakti kepad Rakyat – ini perlulah kita semat dihati sebagai tema perjuangan kita.

Tunjang kita yang ketiga ialah Strategi, di dalam segala yang kita usahakan perlulah bermatlamatkan untuk menolong orang Melayu dan Rakat secara amnya. Caranya adalah melalui peremajaan dan pengrakyatan UMNO. Kita berbegang kepada “Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan”, melaui Perpaduan Melayu sebagai asas Pembangunan Negara. Ini termasuk politik inklusif melibatkan masyarakat juga yang bukan Melayu berbilang bangsa dan pelbagai umur. Hasilnya, ialah keberkesanan usaha kita itu perlulah diimbangi dengan KPI ataupun Penunjuk Prestasi supaya usaha itu mencapai hasrat yang dapat diukur kejayaannya demi kebaikan kepada Rakyat melalui aktiviti dan program-program yang dijalankan.   Sekian.

Hidup Perpaduan!, Hidup UMNO!, Hidup Melayu!

Wassalamualaikum, wbt.

Kenyataan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, 30 Jun 2009
PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI SELANGOR

30 JUN 2009

KENYATAAN KEPADA JAWATANKUASA PILIHAN DEWAN RAKYAT BERHUBUNG INSIDEN KETUA-KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR DI PARLIMEN PADA 26 FEBRUARI 2009

YB Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Hj Mulia, Speaker Dewan Rakyat,

YB Dato’ Timbalan Speaker Dewan Rakyat,

YB-YB Ahli Jawatankuasa Pilihan Dewan,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan segala hormat dan rendah diri kami merujuk kepada insiden 26 Februari 2009. Ini adalah kenyataan kami terhadap insiden tersebut.

Sebagaimana yang YB Tan Sri Speaker sedia maklum melalui perbahasan pada sebelah petang 26 Februari lalu dan melalui liputan meluas media massa, telah berlaku sebuah insiden di Perkarangan Parlimen pada hari tersebut yang melibatkan beberapa ahli Pergerakan Pemuda UMNO dan wakil rakyat Pembangkang dari DAP.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merujuk YB Tan Sri Speaker kepada rententan insiden tersebut dan menyatakan seperti berikut:

1.    Ketua-ketua Pemuda UMNO dari Selangor hadir ke Parlimen atas dasar jemputan sebagai tetamu Ahli Parlimen untuk perbincangan dan perjumpaan bersama YB Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Hj Abdul Latiff bin Ahmad. Tidak pernah kami berniat untuk menimbulkan sebarang bentuk kekacauan malah jauh sekali untuk berada di Parlimen semata-mata untuk menimbulkan kekecohan, membuat ugutan dan keganasan sebagaimana dituduh.

2.    Selepas selesai urusan, beberapa orang Ketua Pemuda UMNO berdiri di laluan tertutup antara Bangunan Pentadbiran Parlimen dan Bangunan Utama sebelum pulang ke kereta untuk meninggalkan Parlimen.

3.    Kami terserempak secara kebetulan dengan YB Karpal Singh yang dilihat menuju Bangunan Utama Parlimen. Lalu, kami mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan kepada beliau tentang beberapa perkara.

4.    Antara perkara-perkara yang ditanyakan kepada YB Karpal Singh adalah berkaitan dengan kenyataan beliau di dalam Parlimen termasuk penuduhan jenayah berat terhadap Pemuda UMNO yang kononnya telah menghantar kepadanya butiran peluru dan juga penghinaan YB Karpal Singh yang menggelar Pemuda UMNO sebagai “celaka”.

5.    Untuk pengetahuan YB Tan Sri Speaker, tiada sebarang bentuk kekasaran mahupun serangan dilakukan terhadap YB Karpal Singh sebagaimana yang didakwa oleh Pembangkang dari DAP itu.

6.    YB Tan Sri Speaker, kami hanyalah rakyat biasa yang meminta penjelasan terhadap beberapa isu. Ini dilihat perkara biasa sepertinya pihak media meminta penjelasan dari YB-YB dan wakil-wakil rakyat tentang isu-isu semasa.

7.    Namun begitu, sebagai ahli Pergerakan Pemuda kami merasakan telah dijadikan mangsa tuduhan yang begitu serius sekali dan dihina sebegitu rupa oleh YB Karpal Singh. Maka kami secara spontan dan ‘impulsive’ telah memohon pengakuan dari YB Karpal Singh dan juga mendesak agar beliau membuat penjelasan serta menarik balik kenyataan tersebut, selain memohon maaf kepada Pemuda UMNO.

8.    Kami tidak faham mengapakah YB Karpal Singh yang bukan sahaja seorang yang berumur dan dihormati membuat provokasi terhadap golongan muda seperti kami. Sewajarnya, sebagai seorang yang sudah 7 penggal menjadi Ahli Parlimen, beliau lebih bijaksana di dalam kepimpinan dan tidak berlagak secara tidak bertanggungjawab terhadap rakyat biasa khususnya terhadap generasi muda.

9.    Kami berasakan hak kami telah dicabuli oleh YB Karpal Singh khususnya apabila beliau menggunakan statusnya sebagai seorang OKU untuk mengambil kesempatan ke atas kami, rakyat biasa. Dalam insiden ini, kami benar-benar merasakan beliau telah menyalahgunakan status OKUnya dan status immuniti Ahli Parlimennya untuk membuat tuduhan yang tidak berasas dan penghinaan terhadap kami. Pihak Polis sendiri telah membuat kenyataan yang dilaporkan di media massa pada 11 Mac 2009 bahawasanya Pemuda UMNO tiada ada kaitan langsung dengan penuduhan oleh YB Karpal Singh itu.

10.    YB Tan Sri Speaker, adalah sedia maklum Pemuda UMNO adalah golongan pendesak dan benteng serta pelindung maruah Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair Malaysia. Ini adalah intipati perjuangan yang kami warisi sejak 1946 lagi. Namum begitu, pendekatan secara konfrontasi, keganasan, keangkuhan, penipuan ataupun intimidasi bukanlah cara Pemuda UMNO dan jauh sekali cara kami. Sebagai anak Melayu, sudah pasti sifat dan sikap ketimuran yang beradap sopan dan berbudi bahasa menjadi pilihan kami.

11.    Kami sebagai golongan muda berpegang teguh kepada pepatah Melayu bahawa, “Yang Tua dihormati, Yang Muda dikasihi”. Sebagai seorang yang lebih berumur dan berpengalaman, YB Karpal Singh seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada generasi muda, bukan melalui fitnah dan pembohongan.

12.    Namun demilkian, setiap individu yang bernama manusia itu mempunyai had untuk bertoleransi. Sebagai pemimpin dari kalangan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, kami bersyukur kerana mempunyai tahap kesabaran yang melebihi tahap ahli Pemuda UMNO di akarumbi. Sepanjang insiden tersebut, kami percaya YB Tan Sri Speaker dapat perhatikan bahawa sememangnya kami telah sedaya upaya untuk berlaku adil dan tidak berkasar kepada YB Karpal.

13.    Kami akui, tidak pernah sepanjang 51 tahun sejarah Parlimen, ahli Parlimen berlakuan tidak berhemah terhadap rakyat yang datang ke Parlimen meminta penjelasan mengenai apa yang mereka katakan di Dewan Rakyat. Kami secara baik sebagai rakyat Malaysia telah cuba memohon penjelasan tetapi dilayani dengan begitu buruk oleh Wakil Rakyat di dalam kawasan Dewan Parlimen yang mulia. Ini adalah penghinaan kepada mandat serta kepercayaan rakyat terhadap beliau dan ini adalah satu penghinaan yang lebih besar terhadap institusi demokrasi serta kemuliaan Parlimen.

14.    Kami menyedari bahawa mungkin apa yang berlaku adalah satu kesalahan kerana tidak mengikuti lunas-lunas yang tersedia di Dewan Rakyat bagi menuntut penjelasan dan maaf daripada YB Karpal Singh. Kami juga kesal kerana YB Karpal Singh tidak sensitif sebagai seorang Wakil Rakyat terhadap perasaan rakyat. Kami sememangnya kesal kerana pada pendapat kami, YB Karpal Singh tidak langsung mengambil sikap bertanggungjawab dan ‘accountable’ di atas kenyataan serta tuduhan beliau di dalam Parlimen. Beliau ibarat membaling batu sembunyi tangan.

15.    Kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat keterlanjuran di atas insiden yang berlaku tempoh hari. Sebagai rakyat biasa, kami terguris dan berasa terhina apabila ada pemimpin yang berbuat begini kepada kami.

16.    Kami juga ingin memohon jutaan kamaafan daripada YB Tan Sri Speaker dan Institusi Parlimen Malaysia di atas insiden ini.

17.    Kami sesungguhnya dengan penuh rendah diri memohon agar YB Tan Sri Speaker serta Jawatankuasa Pilihan ini mempertimbangkan kenyataan kami ini sebaik-baiknya. Inilah yang ingin kami katakan berkenaan insiden tersebut dan tidak langsung menyembunyi sebarang maklumat lain mengenainya. Kami kini serahkan perkara ini kepada budibicara, pertimbangan dan kebijaksanaan YB Tan Sri Speaker.

Sekian. Terima kasih.

Polis dapati Pemuda UMNO tiada kaitan dengan peluru
PULAU PINANG 10 Mac - Polis tidak menemui apa-apa bukti bagi mengaitkan Pemuda UMNO dengan dua peluru yang diterima oleh Pengerusi DAP Karpal Singh di rumahnya di Jalan Utama di sini pada 20 Feb lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, sehingga hari ini juga, belum ada mana-mana pihak atau individu tampil membuat keterangan mengatakan mereka terlibat melakukan perkara itu.

“Tiada keterangan atau maklumat mengaitkan kes tersebut dengan Pergerakan Pemuda UMNO malah tiada mana-mana pihak atau individu sekali pun (dikaitkan dengannya setakat ini).

“Siasatan membabitkan kes itu sedang giat dijalankan dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu polis,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Karpal pada 19 Februari lalu mendakwa menerima sekeping sampul mengandungi sepucuk surat berserta dua butir peluru hidup yang diposkan ke alamat rumahnya di Jalan Utama, di sini.

Pada persidangan Dewan Rakyat 25 Februari lalu, pemimpin pembangkang yang sering mencetuskan kontroversi itu menyebut perkataan ‘celaka’ kepada Pemuda UMNO dan menuduh mereka yang mengirim peluru tersebut.

Keesokan harinya, suasana di pekarangan bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan ahli Pemuda UMNO Selangor mendesak Karpal meminta maaf berikutan tuduhan itu.

(Dari Utusan Malaysia 11 Mac 2009)

Ahli Parlimen tidak kebal
KUALA LUMPUR 10 Mac – Polis mempunyai kuasa untuk menyoal siasat Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan tidak benar di Dewan Rakyat kerana mereka tidak mempunyai kekebalan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bagaimanapun siasatan itu hanya boleh dilakukan jika ia mendapat kebenaran Speaker atau timbalannya.

Beliau menegaskan, kekebalan seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat adalah merujuk kepada institusi Parlimen dan bukan kepada Ahli Parlimen.

“Polis boleh menyoal siasat mana-mana Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan di dalam Dewan Rakyat tetapi mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat terlebih dahulu.

“Peruntukan kekebalan Parlimen ini telah saya rujuk pelaksanaannya di House Of Commons (United Kingdom), New Zealand dan Australia yang tidak memberi kekebalan kepada Ahli Parlimen,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Wan Junaidi mengulas mengenai perkara itu berikutan bantahan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang mempersoalkan tindakan beliau menolak usul tersebut.

Bung Moktar mengemukakan usul untuk membahaskan tindakan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) apabila menuduh Pergerakan Pemuda UMNO sebagai pihak yang bertanggungjawab membuat ancaman untuk membunuhnya dengan menghantar dua butir peluru hidup baru-baru ini.

Keputusan Wan Junaidi menolak usul itu di dalam kamar menyebabkan Bung Moktar menggunakan Peraturan Mesyuarat 18(3)(b) yang membolehkan persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan apabila sekurang-kurangnya 15 orang ahli berdiri menyokong permintaan itu.

Permohonan Bung Moktar itu menyebabkan lebih 15 Ahli Parlimen BN bangkit menyokong permohonan tersebut malah beliau juga mencabar Karpal membuat kenyataan itu di luar dewan.

Wan Junaidi bagaimanapun menegaskan, beliau tidak membenarkan usul itu dibahaskan kerana Dewan Rakyat telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk melihat tuduhan yang dibuat oleh Karpal.

Katanya, terdapat juga banyak laporan polis telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu mengenai tuduhan Karpal itu dan polis sedang menyiasat perkara tersebut.

“Saya tidak boleh membuat keputusan mendahului siasatan jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh Dewan Rakyat dan pihak polis. Oleh itu saya tidak membenarkan usul ini untuk dibahaskan.

“Sekiranya jawatankuasa itu telah membuat keputusan dan polis telah selesai membuat siasatan, maka tindakan boleh dibuat daripada rumusan yang telah dibuat,” katanya.

(dari Utusan Malaysia 11 Mac 2009)

‘Kekecohan di Parlimen dimulakan DAP’
SHAH ALAM 5 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO Selangor hari ini mendedahkan yang mereka mempunyai bukti kekecohan di pekarangan Parlimen pada 26 Februari lalu dimulakan oleh wakil rakyat DAP.

Ketuanya, Abdul Shukor Idros berkata, bukti itu diperoleh daripada rakaman suara dan video yang disediakan oleh penyokong Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam laman blognya.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman tersebut, terdapat sekurang-kurangnya empat insiden provokasi yang dimulakan serta dilakukan terhadap Pemuda UMNO oleh wakil rakyat DAP.

”Kita diserang daripada pelbagai sudut dan didakwa memulakan kekecohan dalam insiden di Parlimen itu seolah-olah kita yang bersalah.

”Jadi kita berterima kasih kepada kakitangan Kit Siang yang menyediakan rakaman ini yang boleh membuktikan siapa sebenarnya yang memulakan kekecohan tersebut,” kata beliau kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor di sini petang ini.

Hadir sama memberikan sokongan ialah Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan semua Ketua Pemuda UMNO Bahagian termasuk Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdullah yang terlibat secara langsung dalam insiden di Parlimen.

Menjelaskan lebih terperinci apa yang berlaku di Parlimen ketika itu Abdul Shukor berkata, beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Selangor telah datang ke Parlimen atas jemputan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad untuk satu perbincangan disusuli makan tengah hari.

Ujar beliau, selepas selesai urusan tersebut, beberapa Ketua Pemuda UMNO berdiri di laluan tertutup antara bangunan pentadbiran dan bangunan utama Parlimen sebelum pergi ke kereta masing-masing dan ketika itulah Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dilihat sedang menuju ke arah di mana mereka berada.

”Ekoran dakwaan Karpal yang menuduh Pemuda UMNO menghantar peluru kepadanya dan menghina Pemuda UMNO dengan mengatakan ‘Pemuda UMNO celaka’, beberapa Ketua Pemuda UMNO yang berada di situ mendekatinya untuk meminta penjelasan.

”Ketika itu Pemuda UMNO tiada niat untuk melakukan kekecohan seperti yang dituduh Ahli Parlimen pembangkang dan tiada sebarang bentuk kekasaran mahupun serangan dilakukan terhadap Karpal dan tiada sehelai pun rambutnya gugur.

”Kekecohan hanya berlaku apabila beberapa Ahli Parlimen DAP datang kemudiannya dan pada waktu itu Karpal sudah pun mula meninggalkan kawasan insiden.

“Jikalau pun ada pihak yang mengadu terkena tepis, ia hanya lambaian tangan oleh semua pihak di dalam kekalutan yang berlaku,” kata beliau.

Sehubungan itu Abdul Shukor memberitahu, Pemuda UMNO Selangor akan mengemukakan rayuan dan usul bagi memohon pembelaan terhadap kekasaran yang dilakukan oleh Ahli Parlimen DAP ke atas rakyat biasa.

Sementara itu Latt Sharizan berkata, Pemuda UMNO Selangor akan menyerahkan salinan bukti yang diperoleh kepada semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Parlimen agar rayuan mereka dipertimbangkan.

”Antara usul yang dikemukakan ialah agar Karpal dan semua wakil rakyat DAP memohon maaf atas pembohongan mereka di Parlimen serta satu tata etika perlakuan dan adab yang mesti dipatuhi wakil rakyat apabila berada di luar Dewan Rakyat.

”Rayuan, usul dan salinan bukti itu akan diserahkan pada Selasa ini kepada seorang wakil Ahli Parlimen BN untuk diserahkan kepada semua Ahli Parlimen BN yang lain,” kata beliau.

(Dari Utusan Malaysia 6 Mac 2009)

Ibrahim Ali cadang imuniti Anggota Parlimen dihapus
KUALA LUMPUR 11 Mac — Datuk Ibrahim Ali, satu-satunya wakil rakyat Bebas, mencadangkan supaya imuniti dan kekebalan Anggota Parlimen dihapuskan supaya mereka lebih bertanggungjawab dengan apa yang diucapkan.

Ibrahim (Bebas-Pasir Mas) berkata kekebalan itu perlu ditarik balik memandangkan Raja-raja dan Sultan sendiri pun tidak mempunyai kekebalan.

“Kita di sini boleh cakap apa saja. Memang ada peraturan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan tetapi tidak mencukupi,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 di Dewan Rakyat hari ini.

Ibrahim berkata Anggota Parlimen tidak perlu takut untuk menyentuh perkara tertentu sekiranya mempunyai bukti dan maklumat sahih mengenai apa yang mereka bangkitkan.

Beliau juga mencadangkan supaya rakyat Malaysia yang layak mendapatkan kad pengenalan pada peringkat umur 12 tahun supaya mengangkat sumpah kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Rukun Negara.

Beliau berkata perkara ini penting kerana pelbagai perkara berlaku kebelakangan ini disebabkan generasi muda kurang pengetahuan sejarah, dan jika tidak disedarkan dengan segera, ia boleh menjurus ke arah kehancuran.

Ibrahim juga mencadangkan supaya kerajaan mewajibkan mata pelajaran sejarah yang bersabit dengan kontrak sosial kerana ia penting untuk rakyat Malaysia .

“Kepada pembangkang dan kerajaan, kedua-dua juga perlu bermuhasabah diri.

Saya pun ingatkan diri saya sendiri. Semua orang tahu sama tahu, pemain yang sama, tukar tempat sahaja,” katanya.

Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) pula berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk memberikan janji sebanyak 20 peratus royalti minyak kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu sekiranya pakatan pembangkang memerintah.

“Dulu pun kata ada 30 Anggota Parlimen Sabah dan Sarawak yang melompat ke parti pembangkang 16 Sept tahun lepas. Ini pembohongan kepada seluruh rakyat Malaysia ,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang yang sama.

(Dari BERNAMA 11 Mac 2009)

Kenyataan Media Pergerakan Pemuda UMNO Selangor 5 Mac 2009
KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI SELANGOR

5 MAC 2009 - UNTUK SIARAN SEGERA

Kami ingin menyatakan seperti berikut:

1.    Ketua-ketua Pemuda UMNO dari Selangor hadir ke Parlimen atas dasar jemputan sebagai tetamu untuk diadakan perbincangan dan makan tengahari. Jauh sekali untuk berada di Parlimen semata-mata untuk menimbulkan kekecohan sebagaimana yang dituduh oleh Ahli-ahli Parlimen Pembangkang dari DAP di dalam Dewan Rakyat.

2.    Tiada sebarang bentuk kekasaran mahupun serangan dilakukan terhadap YB Karpal Singh sebagaimana yang didakwa oleh Pembangkang dari DAP dan disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan. Jikalau pun ada pihak yang mengadu terkena tepis, ia hanyalah lantaran lambaian tangan oleh semua pihak di dalam kekalutan yang berlaku sewaktu babak kedua.

3.    Kekecohan hanya berlaku apabila ahli-ahli Parlimen DAP datang kemudiannya (sepertimana dirujuk sebagai Babak Kedua). Pada waktu itu, YB Karpal Singh sudahpun mula meninggalkan kawasan insiden.

4.    Terdapat sekurang-kurangnya EMPAT insiden provokasi, keganasan dan/atau kekasaran yang dimulakan serta dilakukan terhadap Pemuda UMNO oleh YB Wakil Rakyat Pembangkang DAP.

5.    Ahli Parlimen Puchong YB Gobind dari DAP, hanya hadir sesudah insiden babak kedua selesai dan cuba menimbulkan kekecohan semula.

6.    Jelas, apa yang dilaporkan di media oleh ahli-ahli Parlimen Pembangkang dari DAP yang kebanyakkan mereka tidak pun melihat kejadian dan menerima maklumat secara ‘hearsay’ adalah fitnah semata-mata untuk mengaburi pandangan rakyat dan memberi gambaran yang salah di dalam Dewan Rakyat yang mulia.

7.    Kami tidak faham mengapakan YB Karpal Singh yang bukan sahaja seorang yang berumur dan dihormati membuat provokasi terhadap golongan muda seperti kami. Sewajarnya, sebagai seorang yang sudah 7 penggal menjadi Ahli parlimen, beliau lebih bijaksana di dalam kepimpinan dan tidak berlagak seperti samseng terhadap rakyat biasa khususnya terhadap generasi muda.

8.    Kami berasakan hak kami telah dicabuli oleh YB Karpal Singh khususnya apabila beliau menggunakan statusnya sebagai seorang OKU untuk mengambil kesempatan ke atas kami, rakyat biasa. Dalam insiden ini, beliau telah menyalahgunakan status OKUnya, status Ahli Parlimennya serta menggunakan kawan-kawan DAPnya yang juga adalah Ahli Parlimen!

9.    Hakikatnya, kami rakyat biasa telah dianiaya oleh ‘MOB’ Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen Pembangkang DAP di dalam perkarangan Parlimen.

Yang pasti, ini adalah suatu insiden yang tidak patut berlaku. Tidak pernah dalam 51 tahun sejarah Parlimen, ahli Parlimen melakukan kekasaran terhadap rakyat yang datang ke Parlimen meminta penjelasan mengenai apa yang mereka katakan di Dewan Rakyat. Kami secara baik dan berhemah sebagai rakyat Malaysia telah cuba memohon penjelasan tetapi dilayani dengan begitu buruk oleh wakil rakyat di dalam kawasan Dewan Parlimen yang mulia. Ini adalah penghinaan kepada mandat serta kepercayaan rakyat terhadap mereka dan ini adalah satu penghinaan yang lebih besar terhadap institusi demokrasi serta kemuliaan Parlimen.

Kami berasa malu dan terhina kerana fitnah ini ditayangkan oleh Pembangkang dari DAP kepada masyarakat dunia melalui media massa. Ini tidak langsung membantu negara malah satu sabotaj kepada usaha baik kerajaan menangani cabaran yang mendatang.

Kami ingin menegaskan bahawa Pemuda UMNO di semua peringkat tidak pernah percaya kepada pendekatan secara konfrontasi. Kejadian yang dikesali ini adalah lantaran kebiadapan, provokasi dan fitnah wakil rakyat pembangkang dari DAP yang cuba mengaburi pandangan rakyat dan pengundi.

Kami juga kesal apabila ada pihak yang bersekongkol dengan pembohongan pembangkang dari DAP ini yang cuba memberi gambaran bahawa Pemuda UMNO adalah samseng dan golongan yang sukakan keganasan.

Kami ingin menegaskan bahawa kami benci dan kami berasa meluat apabila ada rakyat Negara cuba membuat kucar-kacir di dalam negara melalui demonstrasi jalanan, kebiadapan terhadap Raja-Raja Melayu serta pembohongan di dalam Dewan Rakyat.

Pemuda UMNO sejak ditubuhkan pada tahun 1946 adalah konsisten di dalam perjuangannya, iaitu sebagai benteng Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair Malaysia.  Kami adalah pejuang Agama, Bangsa dan Negara.

Kami sebagai golongan muda berpegang teguh kepada pepatah Melayu bahawa, “Yang Tua dihormati, Yang Muda dikasihi”. Sebagai seorang yang lebih berumur dan berpengalaman, YB Karpal seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada generasi muda, bukan melalui fitnah dan pembohongan.

Kami di sini menyeru Generasi Muda Malaysia agar bersatu menuntut kepimpinan yang jujur, bertanggungjawab serta berwibawa untuk memimpin negara. Kita mesti menolak kepimpinan yang berasaskan pembohongan, budaya samseng, fitnah, keganasan dan bermatlamatkan politik destruktif dan pepecahan.

Sekian. Terima kasih.

Surat KP PJU kepada Ahli Parlimen 050309
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN

YB Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional

Dewan Rakyat                                                                                                                                                                    5 Mac 2009

Salam Sejahtera YB Tan Sri / Dato Seri / Dato / Tuan / Puan

RAYUAN MEMOHON PEMBELAAN TERHADAP KEKASARAN AHLI PARLIMEN DAP KE ATAS RAKYAT BIASA

Dengan segala hormat dan rendah diri saya merujuk kepada perkara di atas insiden pada 26 Februari 2009.

Sebagaimana yang YB sedia maklum melalui perbahasan yang pada sebelah petang 26 Februari lalu dan melalui liputan meluas media massa, telah berlaku sebuah insiden di Perkarangan Parlimen yang melibatkan beberapa ahli Pergerakan Pemuda UMNO dan wakil-wakil rakyat Pembangkang dari DAP.

Suka saya mengambil kesempatan ini untuk merujuk YB kepada lampiran rententan insiden sebagaimana dilampirkan untuk menyatakan seperti berikut:

Ketua-ketua Pemuda UMNO dari Selangor hadir ke Parlimen atas dasar jemputan sebagai tetamu untuk diadakan perbincangan dan makan tengahari.  Jauh sekali untuk berada di Parlimen semata-mata untuk menimbulkan kekecohan sebagaimana yang dituduh oleh Ahli-ahli Parlimen Pembangkang dari DAP di dalam Dewan Rakyat.

Tiada sebarang bentuk kekasaran mahupun serangan dilakukan terhadap YB Karpal Singh sebagaimana yang didakwa oleh Pembangkang dari DAP dan disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan. Jikalau pun ada pihak yang mengadu terkena tepis, ia hanyalah lantaran lambaian tangan oleh semua pihak di dalam kekalutan yang berlaku sewaktu babak kedua.

Kekecohan hanya berlaku apabila ahli-ahli Parlimen DAP datang kemudiannya (sepertimana dirujuk sebagai Babak Kedua). Pada waktu itu, YB Karpal Singh sudahpun mula meninggalkan kawasan insiden.

Terdapat sekurang-kurangnya EMPAT insiden provokasi, keganasan dan/atau kekasaran yang dimulakan serta dilakukan terhadap Pemuda UMNO oleh YB Wakil Rakyat Pembangkang DAP.

Ahli Parlimen Puchong YB Gobind dari DAP, hanya hadir sesudah insiden babak kedua selesai dan cuba menimbulkan kekecohan semula.

Jelas, apa yang dilaporkan di media oleh ahli-ahli Parlimen Pembangkang dari DAP yang kebanyakkan mereka tidak pun melihat kejadian dan menerima maklumat secara ‘hearsay’ adalah fitnah semata-mata untuk mengaburi pandangan rakyat dan memberi gambaran yang salah di dalam Dewan Rakyat yang mulia.

Kami tidak faham mengapakan YB Karpal Singh yang bukan sahaja seorang yang berumur dan dihormati membuat provokasi terhadap golongan muda seperti kami.  Sewajarnya, sebagai seorang yang sudah 7 penggal menjadi Ahli parlimen, beliau lebih bijaksana di dalam kepimpinan dan tidak berlagak seperti samseng terhadap rakyat biasa khususnya terhadap generasi muda.

Kami berasakan hak kami telah dicabuli oleh YB Karpal Singh khususnya apabila beliau menggunakan statusnya sebagai seorang OKU untuk mengambil kesempatan ke atas kami, rakyat biasa. Dalam insiden ini, beliau telah menyalahgunakan status OKUnya, status Ahli Parlimennya serta menggunakan kawan-kawan DAPnya yang juga adalah Ahli Parlimen!

Hakikatnya, kami rakyat biasa telah dianiaya oleh ‘MOB’ Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen Pembangkang DAP di dalam perkarangan Parlimen.

Yang pasti, ini adalah suatu insiden yang tidak patut berlaku. Tidak pernah dalam 51 tahun sejarah Parlimen, ahli Parlimen melakukan kekasaran terhadap rakyat yang datang ke Parlimen meminta penjelasan mengenai apa yang mereka katakan di Dewan Rakyat. Kami secara baik dan berhemah sebagai rakyat Malaysia telah cuba memohon penjelasan tetapi dilayani dengan begitu buruk oleh wakil rakyat di dalam kawasan Dewan Parlimen yang mulia. Ini adalah penghinaan kepada mandat serta kepercayaan rakyat terhadap mereka dan ini adalah satu penghinaan yang lebih besar terhadap institusi demokrasi serta kemuliaan Parlimen.

Justeru, saya dengan penuh rendah hati merayu dan memohon pembelaan dari YB sekelian agar:

Salah laku YB Karpal Singh dan YB Gobind Singh Deo  khususnya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak-Hak Istimewa Ahli Parlimen agar tindakan sewajar serta setimpal diambil;

Mendesak agar YB Karpal Singh serta YB anaknya beserta barisan Wakil-Wakil Rakyat DAP memohon maaf kepada Ahli-ahli Parlimen serta rakyat jelata di atas pembohongan mereka di dalam Dewan Rakyat yang mulia; dan

Mengusulkan sebuah usul menggariskan tataetika serta tatasulisa perlakuan dan adab yang mesti dipatuhi oleh Wakil-Wakil rakyat bila berada di luar Dewan Rakyat, khususnya dalam berinteraksi bersama rakyat biasa.

Maka dengan ini saya menyusun sepuluh jari berharap dan berdoa agar insiden ini dapat diambil sebagai sempadan agar tidak akan ada lagi rakyat yang dianiaya oleh Wakil-Wakil Rakyat, khususnya dari barisan Pembangkang DAP.

Sekiranya YB memerlukan sebarang maklumat lanjut berkenaan insiden ini, saya boleh dihubungi di talian 019 988 8880.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

Hj. Latt Sharizan Abdullah

Ketua Pemuda

Pergerakan Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara

Penerangan Kejadian di luar Bangunan Parlimen, Khamis 26 Feb 2009
Isu kekecohan di luar Bangunan Parlimen pada Khamis 26 Feb 2009 sebenarnya telah disalahlaporkan dan diputarbelit oleh banyak pihak. Dalam dokumen ini, dengan sokongan rakaman video yang disertakan bersama dokumen ini, kami akan melaporkan apa yang sebenarnya terjadi.

Peristiwa pada hari itu boleh dipecahkan kepada 3 babak iaitu:-

1) Pemuda UMNO Selangor bertembung dengan YB Karpal Singh di perkarangan Bangunan Parlimen lalu meminta penjelasan.

2) Kekecohan antara YB Lim Lip Eng dan beberapa ahli Parlimen DAP lain dengan mereka.

3) Provokasi YB Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen DAP Puchong terhadap mereka.

KEHADIRAN KETUA-KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR DI PARLIMEN

Pada hari yang berkenaan, Ketua-ketua Pemuda UMNO Selangor telah dijemput oleh YB Datuk Dr. Hj Abdul Latiff bin Ahmad untuk perbincangan dan makan tengahari di Parlimen.

Selepas selesai urusan, beberapa orang Ketua Pemuda UMNO berdiri di laluan tertutup antara Bangunan Pentadbiran Parlimen dan Bangunan Utama sebelum pulang ke kereta untuk meninggalkan Parlimen.

Ketika itu, YB Karpal dilihat meninggalkan Bangunan Pentadbiran Parlimen menuju Bangunan Utama.

Berikutan peristiwa hari sebelumnya yang melihat YB Karpal menuduh Pemuda UMNO melakukan jenayah dengan menghantar peluru kepadanya dan menghina Pemuda UMNO dengan mengatakan “Pemuda UMNO celaka”, beberapa orang Ketua Pemuda UMNO Selangor mendekati YB Karpal dan meminta penjelasan dari beliau.

*    sumber video 1 daripada Youtube yang boleh dilihat di laman blog YB Lim Kit Siang dan video 2 daripada Buletin Utama 26 Februari 2009,  laman Web TV3.

*    gambar dari laman web http://www.malaysiakini.com/news/99126

BABAK 1 – KETUA – KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR BERTEMBUNG DENGAN YB KARPAL SINGH DI PERKARANGAN BANGUNAN PARLIMEN LALU MEMINTA PENJELASAN

Video 1, 0.00 - 2.52

1.1 Menyedari kemungkinan timbul sebarang fitnah, Pemuda UMNO Selangor berulangkali mengatakan pada YB Karpal Singh yang mereka tidak menghalang beliau masuk ke Parlimen.

KP UMNO Serdang: “…we’re not stopping you from entering Parliament. We show respect to you.”  (Video 1, masa 0.07)

1.2 Tujuan kami mendekati YB Karpal hanyalah untuk meminta penjelasan beliau.

KP UMNO Serdang: “…You accuse us about the bullet, about the celaka”. (Video 1, masa 1.10)

KP UMNO PJ Utara: “You make accusations toward us, and yet when we ask for explanation, you don’t want to entertain”. (Video 1, masa 2.30)

1.3 Kami juga meminta YB Karpal mengulangi kenyataannya di luar Parlimen.

KP UMNO Serdang: “Don’t talk in the Parliament, talk here”. (Video 1, masa 1.28)

1.4 Tidak adapun ugutan kepada YB Karpal. Malah apabila YB Karpal mengatakan “jangan ugut saya”, Ketua Pemuda UMNO Serdang YM Ungku Salleh, cepat-cepat mengatakan kami bukan menggugut dia, “..no ugut… no ugut..”.

(Video 1, masa 2.15)

1.5 Walaupun YB Karpal tidak mahu memberi penjelasan, memohon maaf atas kenyataannya mahupun mengulangi kenyataannya di luar Parlimen, tidak sekalipun Pemuda UMNO membuat apa-apa ugutan fizikal terhadap beliau.

1.6 Akhirnya apabila beliau meminta untuk diberi laluan, Pemuda UMNO tidak pun menghalangnya berbuat demikian.

(Video 1, masa 2.50)

BABAK 2 - KEKECOHAN ANTARA YB LIM LIP ENG, PEMBANGKANG DARI DAP DAN BEBERAPA AHLI PARLIMEN LAIN DENGAN KETUA - KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR

KEKASARAN 1: YB Fong Kui Lun dari Bukit Bintang, Pembangkang dari DAP yang telah menolak secara kasar Ketua Pemuda UMNO PJ Utara, Saudara Latt Sharizan Abdullah

Jika dakwaan sentuhan dan kekasaran fizikal ingin diajukan, perlakuan pertama sebenarnya dilakukan oleh YB Fong Kui Lun dari Bukit Bintang, Pembangkang DAP yang telah menolak secara kasar Ketua Pemuda UMNO PJ Utara, Saudara Latt Sharizan Abdullah.

Kekasaran 2 : YB Lim Lip Eng melakukan serangan lisan dan berkelakuan agresif

Namun YB Lim Lip Eng dari Segambutlah yang memulakan provokasi apabila beliau tiba-tiba datang menerpa secara agresif Pemuda UMNO sambil membentak dengan kata-kata “Keluar! Keluar! Lu sapa! Lu sapa!”

Pada masa yang sama YB Fong Po Kuan, Pembangkang DAP dari Batu Gajah turut menambahkan kekecohan.

KEKASARAN 3: YB Lim Lip Eng, Pembangkang dari DAP memulakan kekasaran fizikal

Di dalam kekalutan, Ketua Pemuda UMNO Gombak, Saudara Megat Zulkarnain Omardin telah memberi amaran kepada YB Lim Lip Eng dengan perkataan-perkataan “Don’t touch me!” berulangkali. Kami difahamkan BELIAU TELAH DIKASARI oleh Wakil Rakyat DAP tersebut.

KEKASARAN 4: Ketua Pemuda PJ Utara, Latt Sharizan Abdullah dikasari oleh YB dari Pembangkang yang telah menarik baju beliau.

PENGHAKIMAN OLEH MEDIA yang dimanipulasi oleh wakil rakyat Pembangkang DAP – Pemuda UMNO hanya cuba meredakan keadaan.

Malah boleh dikatakan, Pemuda UMNO lah yang cuba meredakan keadaan dan mengelakkan kekecohan, contohnya di dalam gambar ini, Ketua Pemuda UMNO PJ Utara, Latt Sharizan Abdullah cuba menghalang YB Lim Lip Eng dari menyerang seorang awam.

Di dalam kekecohan pada babak kedua ini, YB Karpal Singh tidak terlibat langsung  dan telah pun beredar.

BABAK 3 - PROVOKASI YB GOBIND SINGH DEO, PEMBANGKANG DARI DAP PUCHONG TERHADAP PEMUDA UMNO SELANGOR.

Lama selepas Babak 2 berakhir, ketika media sedang melakukan sesi temuramah, YB Gobind Singh Deo tiba-tiba sahaja menjerit-jerit kepada kumpulan Pemuda UMNO, “Hoi! … Come! Come!”

Walaupun setelah petugas Parlimen menenangkan keadaan dan YB Karpal sudahpun masuk semula ke Bangunan Parlimen, YB Gobind Singh Deo, Pembangkang DAP dengan gaya seorang samseng terus membuat provokasi dengan berlindungkan status sebagai seorang Ahli Parlimen.

(Video 2, 2.07)