KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI SELANGOR
5 MAC 2009 - UNTUK SIARAN SEGERA
Kami ingin menyatakan seperti berikut:
1. Ketua-ketua Pemuda UMNO dari Selangor hadir ke Parlimen atas dasar jemputan sebagai tetamu untuk diadakan perbincangan dan makan tengahari. Jauh sekali untuk berada di Parlimen semata-mata untuk menimbulkan kekecohan sebagaimana yang dituduh oleh Ahli-ahli Parlimen Pembangkang dari DAP di dalam Dewan Rakyat.
2. Tiada sebarang bentuk kekasaran mahupun serangan dilakukan terhadap YB Karpal Singh sebagaimana yang didakwa oleh Pembangkang dari DAP dan disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan. Jikalau pun ada pihak yang mengadu terkena tepis, ia hanyalah lantaran lambaian tangan oleh semua pihak di dalam kekalutan yang berlaku sewaktu babak kedua.
3. Kekecohan hanya berlaku apabila ahli-ahli Parlimen DAP datang kemudiannya (sepertimana dirujuk sebagai Babak Kedua). Pada waktu itu, YB Karpal Singh sudahpun mula meninggalkan kawasan insiden.
4. Terdapat sekurang-kurangnya EMPAT insiden provokasi, keganasan dan/atau kekasaran yang dimulakan serta dilakukan terhadap Pemuda UMNO oleh YB Wakil Rakyat Pembangkang DAP.
5. Ahli Parlimen Puchong YB Gobind dari DAP, hanya hadir sesudah insiden babak kedua selesai dan cuba menimbulkan kekecohan semula.
6. Jelas, apa yang dilaporkan di media oleh ahli-ahli Parlimen Pembangkang dari DAP yang kebanyakkan mereka tidak pun melihat kejadian dan menerima maklumat secara ‘hearsay’ adalah fitnah semata-mata untuk mengaburi pandangan rakyat dan memberi gambaran yang salah di dalam Dewan Rakyat yang mulia.
7. Kami tidak faham mengapakan YB Karpal Singh yang bukan sahaja seorang yang berumur dan dihormati membuat provokasi terhadap golongan muda seperti kami. Sewajarnya, sebagai seorang yang sudah 7 penggal menjadi Ahli parlimen, beliau lebih bijaksana di dalam kepimpinan dan tidak berlagak seperti samseng terhadap rakyat biasa khususnya terhadap generasi muda.
8. Kami berasakan hak kami telah dicabuli oleh YB Karpal Singh khususnya apabila beliau menggunakan statusnya sebagai seorang OKU untuk mengambil kesempatan ke atas kami, rakyat biasa. Dalam insiden ini, beliau telah menyalahgunakan status OKUnya, status Ahli Parlimennya serta menggunakan kawan-kawan DAPnya yang juga adalah Ahli Parlimen!
9. Hakikatnya, kami rakyat biasa telah dianiaya oleh ‘MOB’ Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen Pembangkang DAP di dalam perkarangan Parlimen.
Yang pasti, ini adalah suatu insiden yang tidak patut berlaku. Tidak pernah dalam 51 tahun sejarah Parlimen, ahli Parlimen melakukan kekasaran terhadap rakyat yang datang ke Parlimen meminta penjelasan mengenai apa yang mereka katakan di Dewan Rakyat. Kami secara baik dan berhemah sebagai rakyat Malaysia telah cuba memohon penjelasan tetapi dilayani dengan begitu buruk oleh wakil rakyat di dalam kawasan Dewan Parlimen yang mulia. Ini adalah penghinaan kepada mandat serta kepercayaan rakyat terhadap mereka dan ini adalah satu penghinaan yang lebih besar terhadap institusi demokrasi serta kemuliaan Parlimen.
Kami berasa malu dan terhina kerana fitnah ini ditayangkan oleh Pembangkang dari DAP kepada masyarakat dunia melalui media massa. Ini tidak langsung membantu negara malah satu sabotaj kepada usaha baik kerajaan menangani cabaran yang mendatang.
Kami ingin menegaskan bahawa Pemuda UMNO di semua peringkat tidak pernah percaya kepada pendekatan secara konfrontasi. Kejadian yang dikesali ini adalah lantaran kebiadapan, provokasi dan fitnah wakil rakyat pembangkang dari DAP yang cuba mengaburi pandangan rakyat dan pengundi.
Kami juga kesal apabila ada pihak yang bersekongkol dengan pembohongan pembangkang dari DAP ini yang cuba memberi gambaran bahawa Pemuda UMNO adalah samseng dan golongan yang sukakan keganasan.
Kami ingin menegaskan bahawa kami benci dan kami berasa meluat apabila ada rakyat Negara cuba membuat kucar-kacir di dalam negara melalui demonstrasi jalanan, kebiadapan terhadap Raja-Raja Melayu serta pembohongan di dalam Dewan Rakyat.
Pemuda UMNO sejak ditubuhkan pada tahun 1946 adalah konsisten di dalam perjuangannya, iaitu sebagai benteng Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair Malaysia. Kami adalah pejuang Agama, Bangsa dan Negara.
Kami sebagai golongan muda berpegang teguh kepada pepatah Melayu bahawa, “Yang Tua dihormati, Yang Muda dikasihi”. Sebagai seorang yang lebih berumur dan berpengalaman, YB Karpal seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada generasi muda, bukan melalui fitnah dan pembohongan.
Kami di sini menyeru Generasi Muda Malaysia agar bersatu menuntut kepimpinan yang jujur, bertanggungjawab serta berwibawa untuk memimpin negara. Kita mesti menolak kepimpinan yang berasaskan pembohongan, budaya samseng, fitnah, keganasan dan bermatlamatkan politik destruktif dan pepecahan.
Sekian. Terima kasih.
March 5th, 2009 at 10:30 pm
Pemuda UMNO dituduh mengugut dengan peluru dan dibilang ‘celaka’.
Mana-mana Pemuda, kiranya bertembung dengan Karpal, pasti menuntut kenapa tanpa soal-siasat, di Dewan Rakyat di mana semua sebutan dirakam dalam “Hansard”, Pemuda UMNO dituduh bukan-bukan dan digelarnya ‘celaka’.
Mungkinkah ada yang sabar kiranya Karpal di depan mata? Ada. KP2 UMNO Selangor yang berdepan Karpal hari itu MEMOHON penjelasan dengan hormat kepada Karpal sebagai orang tua & Pengerusi DAP.
Namun KP2 ini kini dicela. Tidak lagi. Kita pertahankan nama baik kawan2 di Selangor melalui http://www.thoughtsintangents.blogspot.com dan http://www.lattsharizan.com.
Sebarkan. Ikhlas.
March 5th, 2009 at 11:34 pm
Tahniah Pemuda Selangor! Baghu ada telor sikit! Bangge teman nengok.
Tapi Latt kenapa tak bertanding EXCO Pemuda? Mike ni patut masuk EXCO Pusat.
March 6th, 2009 at 3:16 am
Tumpang lalu memberi sokongan.
March 7th, 2009 at 7:00 pm
Lansung tak boleh dipercayai, kena provok atau sengaja cari pasal.
tq
March 9th, 2009 at 7:33 pm
Salam.
Sila tunjukkan dengan bukti yang lebih baik supaya khalayak ramai dapat memahami dengan lebih jelas. Apa yang ditayangkan oleh pihak DAP dan rakan seangkatan mereka ada lah gambaran visual apa yang telah berlaku di situ. Bagaimanapun, bukan meliputi keseluruhan peristiwa yang berlaku. Mungkin saudara ada gambaran yang lebih jelas.
March 12th, 2009 at 1:19 am
anafiqir,
Kami tidak pula bawa video kamera ke sana, sebab memang tak ada tujuan untuk berkecoh-kecohan. Dan nampak gayanya tak ada Pemuda UMNO yang gunakan handphone cam depa tempoh hari.
Apa yang ada hanyalah video dari DAP. Saudara boleh tengok penerangan kami dalam post saya sebelum posting surat saya, bertajuk “Penerangan ….
Harap membantu kefahaman. Dan terima kasih kerana memberi komen dan sudi melawat.
March 13th, 2009 at 3:24 am
Sokong. Dah bosan dah jadi Pemuda UMNO DIAM. Orang kutuk bangsa, diam. Orang kutuk agama, diam. Orang pijak kepala, diam. Orang nak ambik hak sendiri, diam. Orang nak ambik hak raja, diam. Last-last orang tuduh kita penjenayah, mengaku Raja pulak tu. Singh is King, konon.
Lepas ni kalau ada isu busuk-busuk keluar lah statement, jangan dok diam je. Tak payah jadi Pemuda la. Baik bagi Azalina je pegang. So, bravo Pemuda Selangor. Permulaan yang baik untuk KP2 baru.
And tahniah Latt.
March 13th, 2009 at 4:36 am
Elok tu memang elok, mempertahankan maruah kita dari dicemar. Cuma bukan semua yang adik-adik semua Pemuda UMNO buat hari itu betul. Yang menjerit2 dalam TV3 tu KP juga bukan? - Kenapa macam hilang kawalan, takkan tak boleh cakap baik2 - alangkah elok kalau dibantai si Gobind tu dengan jawapan2 yang pedas dan berilmu. Bukan setakat menjerit2.
Tukar sikit cara supaya orang boleh hormat. Semua rakyat memerhati. Walaupun kita betul, tapi kalau cara kita membalas itu salah, kita pun orang pandang 2×5 juge.
Sekian, sila lawat saya di tansrimat.blogspot.com